Anda tidak perlu pergi ke luar negara hanya untuk bercuti di tempat-tempat yang menarik dan unik. Di Malaysia juga terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan unik yang boleh anda kunjungi. Jelita senaraikan lima tempat menarik dan unik di Malaysia yang boleh anda kunjungi.
Sekeping Serendah, Selangor
Bagi anda yang bosan dengan suasana di bandar, Jelita sarankan anda bercuti di Sekeping Serendah ini. Ia bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan. Bersantai bersama keluarga sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan. Pasti anda akan merasa damai. Alami suasana romantik dengan tidur di dalam kelambu
The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan
Sebut sahaja Negeri Sembilan, pasti lokasi percutian yang terlintas dalam fikiran anda sudah tentu Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja. Ramai yang tidak tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh anda pilih di The Shorea.
Gambar: limastiga.blogspot
Limastiga, Umbai, Melaka
Bagi anda yang inginkan suasana kampung yang moden dan dilengkapi dengan kolam renang, anda boleh berkunjung ke Limastiga. Hanya dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Tempat ini tidak membenarkan sebarang minuman dan makanan yang haram bagi menjaga kesucian tempat ini.
Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang
Tempat ini sesuai bagi anda yang gemarkan percutian yang lebih mencabar di dalam hutan. Bermalam di dalam khemah yang disediakan menjadikan percutian ala-ala adventure ini sesuai untuk sesiapa sahaja walapun yang bukan kaki camping. Tanah Aina merupakan satu resort
eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain.
Philea Resort & Spa, Melaka
Ia merupakan resort lima bintang bagi anda yang inginkan percutian yang mewah tapi masih kekal dengan suasana yang sangat merehatkan otak. Resort ini terletak di Air Keroh, Melaka dan merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik dan patut dicuba sesiapa sahaja.
0 Response to "5 TEMPAT PERCUTIAN MENARIK DI MALAYSIA 👍👏"
Post a Comment